Tuesday, June 14, 2005

Tempat-tempat yang menyeramkan di singapura

Tempat perkuburan Bidadari
Tempat di Mount Vernon ini sudah memang popular dengan berbagai cerita yang telah menerusi generasi daripada pemandu taksi ke pemuda NS. Pelbagai hantu telah dinampak oleh mereka. Ia amat menyeramkan kerana keramat-keramat tua yang masih terletak di Singapura masih ada....

East Coast Beach

East Coast Beach ini tidak seram sangat jikalau di kawasan McDonalds, tetapi jikalau anda cuba berjalan ke arah Fort Rd dimana anda tidak boleh melihat pantai lagi. Selain daripada tempat itu, di hujung pantai east cost menujui Lapangan Terbang Changi berhantu juga. Jikalau kamu mempunyai semangat yang kuat, cuba duduk berdua-duaan di situ. Cukup masa nanti, Fatimah Rockerz* main chak chak! Woohoo!

Old Changi hospital

Ini adalah sebuah tempat yang sungguh klasik kerana tempat ini sudah wujud sejak zaman Jepun menjajah singapura dahulu. Hospital ini sudah kosong dan ia diawasi pada waktu malam oleh pegawai keselamatan yang bertugas di sana. Jikalau anda ingin menerokai, lupakan sahaja kerana di situ tidak ada jalan di mana anda boleh masuk tanpa keizinan untuk penyelidikan sahaja. Ia dikatakan khabar angin disebabkan bilik seksaan yang terdapat di situ!!!

Pasir Ris Swamp

Jembatan yang paling menyeramkan di singapura terletak di pasir ris swamp. Jembatan itu tidak besar cuma kecil sahaja tetapi cuba kamu jalan di situ pada hari malam jumaat. Ramai orang telah nampak "cik Timah" kita duduk di situ menunggu "kawannya" datang hendak pergi jalan-jalan, oppss.. terbang-terbang.

Tanah Perkuburan Bawean sebelah Bedok South Blk 70

Tempat yang paling ganjil ialah di Bedok South sebelah HDB Blk 70 kerana terdapat sebuah kubur. Tanah Perkuburan Bawean yang bernama Ana Kopur ini sudah lama berada di situ sejak zaman 60's and 70's. Ramai orang tidak tahu tempat itu.Pada mereka yang tahu, mereka akan menyesal dan harap bahawa mereka tidak pernah tahu. Kamu boleh melungsuri lelaman sfogs jikalau kamu ingin mengetahui dengan lebih lanjut!






Tempat-tempat yang menyeramkan di singapura

Tajuk: PENGALAMANKU - Kisah Benar ... Hasil: Benjamin Tham Osman (Mantan pelajar 1999)

"Kebebasan". ltulah yang aku inginkan daripada keluargaku selama ini, tetapi tidak pernahku menduga bahawa "kebebasan" itulah yang membuat hidupku sengsara sehingga ke saat ini.
Semenjak aku masih kecil lagi, aku telah dipisahkan daripada ibu kerana ibu berselisih faham dengan ayah. Akhirnya mereka pun bercadang untuk bercerai. Sehingga saat ini, masalah itu masih tidak boleh aku lupakan. Ayah pun membuat keputusan untuk pulang ke rumah nenek. Aku berasa sungguh gembira bila bersama nenek dan datukku. Mereka saling memahami perasaanku dan masalah yang ayah hadapi. Ayah rela membuat apa sahaja demi kebahagiaan keluarga.
Setelah diberi "kebebasan" oleh ayah, aku pun mula berkawan dengan budak-budak yang suka bersembang di kolong-kolong blok. Semakin lama aku berkawan dengan mereka, semakin berubah perangaiku. Aku sudah mula berjinak-jinak menghisap rokok dan menggertak budak-budak yang cuba mencerobohi 'kawasan'kami.
Suatu hari, aku dan kawan-kawanku pergi ke tempat meletak kereta di Junction 8. Kami ke sana untuk bersemuka dengan seorang budak yang sengaja mencari pasal di 'kawasan' kami tempoh hari. Kawanku bersua muka dengan 'ketua'nya dan mereka membuat keputusan untuk bergaduh. Teruk kawanku membelasah budak itu. Tiada sesiapa yang menyedari bahawa ada orang yang telah lama memerhatikan kami. Tidak lama kemudian, dengan tiba-tiba, kami dikejutkan dengan bunyi siren kereta polis yang dengan pantas menghampiri kami. Kami semua lari lintang-pukang dan aku berjaya melepaskan diri.
Seberapa hari kemudian, aku mendapat khabar daripada kawanku bahawa kawan rapatku telah ditangkap polis malam itu. Tidakku menduga bahawa kawan rapatku itu telah membocorkan rahsia dan namaku terbabit sama.
Suatu hari, sedang aku tidur nyenyak bersama kawanku yang bermalam di rumahku, aku dikejutkan oleh ayahku yang sedang masak pagi-pagi lagi. Aku disuruhnya mandi. Tiba-tiba dua orang inspektor dari Balai Polis Tanglin datang ke rumahku dan membawaku bersama untuk disiasat. Aku cuba melarikan diri melalui pintu yang terdedah tetapi gagal. Tanganku digari di hadapan ayahku.
Setelah siasatan, aku didapati bersalah dan terpaksa bermalam di dalam'lock-up'. Aku diberitahu bahawa aku akan dibawa ke Mahkamah Juvenil 53. Hatiku berdebar-debar apabila aku menjejakkan kaki masuk ke dalam bilik nombor 53 untuk berhadapan dengan Tuan Hakim. Ayah yang berdiri di sebelahku kelihatan sedih apabila Tuan Hakim menjatuhkan hukuman dan menghantar aku ke Singapore Boy's Home selama dua tahun.
Di sini, hidupku merana tidak terkata. Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus aku tempuhi dengan sabar. Sehingga ke saat ini, aku masih menjalani hukumanku. Aku kesal atas apa yang telah terjadi terhadap diriku yang malang ini. Aku rindu akan orang tuaku yang jauh dari pandanganku. Namun begitu, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa yang dapat aku lakukan selain daripada menunggu hari "pembebasan"ku.
Sebagai satu nasihat untuk para pembaca, jadikanlah kisahku ini satu teladan dan pulanglah ke pangkal jalan yang lurus dan diredhai Tuhan.